My Blog List
-
Tuan Guru Jaro - Kiri : Tuan Guru Jaro (Tuan Syeikh Sanusi Ibrahim) Kanan : Pak Karnain https://www.facebook.com/guru.a.jaro/videos/9639945048320391 year ago
-
-
Blog Archive
My Blog List
Search This Blog
Sunday, September 21, 2014
Hendak gugur, gugurlah nangka jangan ditimpa si dahan pauh.
Salam semua,,teruja nak share beberapa foto last year,
Atas sekali dinner perpisahan Yusri dapat pindah ke Palong..sedih takde teman mengopi di bilik BK. Foto ke dua hancur dan robek hatiku sayap kanan pindah ke Jeli..bertuah Jeli dapat kawe ni. Foto last budak ke bapak budak praktikum yang superb dan multitasking sorang balik Melaka dan sorang mencari calon di Labuan. Perasan tak gambar paling atas ada jejaka hensem Pokok Sena ? Ni foto dia sebelum pindah kuruskan? Down to memory land.
Saturday, September 20, 2014
Program Teknik menjawab Soalan 2013
Penceramah pada masa itu adalah cikgu-cikgu yang hebat Puan Ana Safiah, Cik Marina Madnor, En.Hasnen dan Puan Mariani Abu Bakar.
Bugs Bunny singgah di SK.Sibu Jaya
Ini pula masa sambutan Hari Kanak-Kanak. Saya sewa kostum bugs bunny dan pujuk seorang rakan untuk memakainya. Pelajar-pelajar rasa seronok dan termimpi-mimpi. Harap tahun ini dapat buat yang lebih mantap. Ini adalah program Panitia Moral tapi ape salah nya tolong-tolong kawan untuk menceriakan.
Kepompong ke rama-rama.
Salam semua...di sini saya kongsi foto-foto aktiviti sepanjang tahun 2013 dan 2014.
Ini adalah semasa aktiviti Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Sibu tahun lepas. Sekolah kami adalah penganjur dan saya pula bertanggungjawab untuk menghias pentas. Saya guna barang terpakai termasuk teddy bears anak untuk jimatkan kos. Seronok sebab ada team yang kuat bekerja dan tidak mengira masa. Kalau tak silap masa ni kami balik pukul 10 malam sebab nak pastikan semua ready.
Friday, September 19, 2014
Wah...rasa teruja dapat berblog
Saturday, July 27, 2013
Coklat Lazat
Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.
Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.
Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.
Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.
Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.
Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk **** selain tiram.
Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.
Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).
Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.
Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.
Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.
Artikel ini diambil dari EHOZA.COM
Artikel lain yang berkaitan: Kebaikan coklat
Subscribe to:
Posts
(Atom)